top of page
National Gallery London
  • Facebook
  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • LinkedIn
  • Twitter

Galeri Nasional adalah muzium seni di Dataran Trafalgar, bandaraya Westminster, London. Ia ditubuhkan di dalam tahun 1824. Ia menempatkan koleksi lebih daripada 2,300 lukisan yang berasal dari pertengahan abad yang ketiga belas sehingga abad yang kesembilan belas.

 

Saya akan menunjukkan kepada anda beberapa lukisan yang dilukis oleh seniman terkenal di dunia seperti Leonardo Da Vinci, Rembrandt dan Van Gogh.

Buckingham Palace London

Istana Buckingham adalah kediaman resmi Monarki Inggeris.

 

Saya akan menunjukkan proses penukaran Pengawal (tertakluk kepada ketersediaan dan keadaan cuaca).

Tower of London

Menara London dibina pada akhir tahun 1066 sebagai sebahagian daripada Penaklukan Norman England. Menara Putih yang memberikan nama seluruh istana ini dibina oleh Raja William di dalam tahun 1078. Ia juga memberi penekanan kepada orang ramai bahawa dia kini ialah Raja mereka. 

 

Ketinggian menara ini secara relatif kepada semua rumah-rumah penduduk yang rendah di sekelilingnya seandainya seperti kita melihat The Shard (Menara Sepihan Kaca) hari ini.

 

Ia adalah salah satu daripada laman UNESCO World Heritage yang disenaraikan.

 

Ia pernah digunakan sebagai istana, kubu pertahanan, penjara, barisan pertahanan dan juga untuk menghasilkan duit syiling. Hari ini ia adalah salah satu tarikan yang paling banyak dikunjungi di London.

 

Ia juga merupakan tempat simpanan berlian Mahkota untuk Monarki Inggeris. Saya akan menunjukkan kepada anda salah satu berlian paling terkenal di dunia "Koh-I-Nûr (Gunung bercahaya)". Ia berada di mahkota permaisuri Elizabeth iaitu ibu Ratu.

Westminster Abbey London

Gereja besar Westminster Abbey adalah salah satu daripada bangunan tersenarai di dalam Warisan Dunia UNESCO. Ia digunakan untuk tiga tujuan iaitu kenaikan tahta untuk Monarki Raja Inggeris, perkahwinan dan pengebumian atau acara pemakaman untuk keluarga diraja dan orang terkenal.

 

Ia didedikasikan kepada Saint Peter. Ceritanya satu malam berkabus, seorang nelayan muda yang bernama Aldrich di sungai Thames ternampak lembaga Saint Peter. Maka sehingga ke hari ini, persatuan nelayan sungai Thames masih menkurniakan seekor ikan Salmon setiap tahun kepada gereja ini.

 

Asal-usulnya terbukti pada tahun 0960 atau awal 0970, Saint Dunstan, dibantu oleh King Edgar, membenarkan pembentukan komuniti rahim Benedictine di sini. 

 

Saya akan menunjukkan kepada anda makam Saint Edward the Confessor, kerusi untuk kenaikan tahta, kubur askar tak bernama, Ratu Elizabeth 1 bersama kakaknya, Queen Mary Tudor dan sebagainya.

British Museum London

Muzium British ditubuhkandalam tahun 1753 dan merupakan salah satu muzium awam yang tertua di dunia. Ia adalah hasil dari seorang yang bernama Sir Hans Sloane.

 

Muzium ini adalah salah satu muzium seni yang paling besar dan ketiga di dunia dengan koleksi lebih daripada 80 ribu objek dari semua dunia.

 

Senibina bangunan ini yang unik beserta 44 tiang batu Ionik, yang berlandaskan candi Yunani kuno telah dibina di dalam tahun 1850. Pediment di tengah melambangkan peradaban manusia.

 

Di antara koleksi hebat, saya akan menunjukkan beberapa objek yang diserahkan dari Mesir Kuno, Assyria, Greece, China dan England termasuk batu Rosseta, patung-patung ukiran Partenon  dan Mummy.

St Paul Cathedral

Katedral St Paul adalah katedral Anglikan, tempat duduk Uskup London yang terletak di City of London. Ia didedikasikan untuk Saint Paul. Seni binanya berasaskan gaya Baroque Inggeris dan dibina oleh Sir Christopher Wren pada abad ke tujuh belas selepas kebakaran besar bandaraya kecil London dalam tahun 1666.

 

Di sini, saya akan menunjukkan kepada anda pintu Barat yang mana Putera Charles dan Lady Diana berjalan masuk ke gereja ini semasa perkahwinan terkenal dunia mereka dalam tahun 1981, lukisan terkenal oleh William Holman "The Light of the World" ataupun "Cahaya Dunia", tugu peringatan terkenal Duke of Wellington dan Sir Winston Churchill. Saya akan juga tunjukkan makam dua wira dan panglima perang negara yang terkenal iaitu Laksamana Lord Nelson bersebelahan dengan Panglima Duke of Wellington dan beberapa peringatan yang menarik.

bottom of page